Rebana sungai choh adalah kesinambungan tradisi dan kesenian yang diwarisi dari masyarakat bengkulu.

Selalu dimainkan pada upacara keramaiaan terutamannya di majlis-majlis perkahwinan, cukur jambul (nenjor) sambutan maulid nabi , dan lain-lain majlis keraian yang berunsurkan adat dan kesian islam.

berbeza dengan rebana-rebana lain, rebana bengkulu diperbuat menggunakan pangkal pokok kelapa dan kulit kambing jantan ianya dimain bersama alunan dari kitab marhaban dan berzanji (maulud) semasa mengiringi sesuatu majlis keraian yang disambut.

Diwarisi turun temurun dari masyarakat bengkulu, ianya masih dimainkan sehingga kehari ini sebagai warisan adat dan kebudayaan masyarakat bengkulu sungai choh.

Saturday, November 27, 2010

Mesyuarat perlantikan ahli jawatankuasa sesi 2011-2012

Satu mesyuarat perlantikan dan pemilihan ahli jawatan kuasa bagi sesi 2011-2012 telah diadakan bertempat di balai JKKK kampung Sungai Choh pada jam 9.00 malam 19 November 2010 dan telah dihadiri oleh ahli-ahli  rebana kampung sungai choh.

pada mesyuarat kali ini ahli-ahli rebana kampung sungai choh telah bersetuju untuk melantik ahli jawatan yang baru bagi menggantikan ahli jawatan kuasa yang lama.
ini dilakukan bagi memastikan perjalanan dan pentadbiran rebana kampung Sungai Choh akan lebih berkesan dan lancar.